Isnin, 16 April 2012

Sesuatu Perasaan Yg sukar dikenal Pasti

 
 Mencari sesuatu yg Hilang....
sukar dicari dgn penglihatan yg kasar....
melibatkan persoalan yg rumit...
pelbagai halangan yg perlu ditempuhi...
Apabila....
terbit sang suria di ufuk timur membentangkan cahaya...
permainan perasaan  menghasilkan sifat yang bertenaga...
Apakah kehidupan aku secergas matahari yang menyinar cahaya..
Apakah kehidupan aku  secantik  warna-warna pelangi yang ceria ...
Apakah kehidupan aku  kuat  mengharungi  masa yang ada...
Apakah kehidupan aku perlu mendung dan hujan yang membasahi bumi dengan air mata...
Apakah kehidupan aku  perlu tempuhi kegelapan akal dan hati dalam tanpa sesiapa..
kekuatan diri membentuk seorang yang matang,berdikari dan berusaha....
kerna aku ini wanita biasa...

Merindui insan yg disayangi..   
meniti khabar dari  bekas cinta setiap hari...
apakah yg akan terjadi pada keesokan hari....
resah aku menanti..
Hiba aku mengenang berakhirnya percintaan ini
sukar aku temui pilihan hati
pantas masa meminjam kan kebahagiaan yg aku kecapi
Aku bersyukur Ke hadrat Ilahi...
kerna aku berkesempatan temui cinta sejati...


Perasaan...
semua nya bercampur baur menghadapi liku-liku cabaran...
merungkai  persoalan yang menerjah hati dan fikiran...
mengajar aku erti ketabahan dan kesedaran...



Berlalu...
masa silam yang membentuk diriku
keliru...
memilih yang terbaik dalam hala tuju...
Aku...
bangun dari kelemahan mencari kekuatan itu...
Semua nya  perasaan yang mewarnai kehidupan ku